widgets

KOMEN ANDA???

Friday, July 29, 2011

KETIKA DISAPA IZRAIL



KEHIDUPAN manusia di dunia sentiasa diwarnai aneka versi hati. Tidak kurang yang membiarkan hati diserang virus penyakit sehingga menggelapkan sekali gus menjerumuskan diri dalam dominasi sifat mazmumah.

Islam menegah umatnya bersifat iri hati, berdengki, suka khianat, bercakap bohong dan berdendam. Semua sifat keji itu tidak harus menyelubungi lubuk hati. Jadi, bagaimana kita dapat merawat hati sedemikian?

Banyak kaedah digariskan Islam dalam menangani hati berpenyakit, antara yang terbaik dan sepatutnya kita selalu amalkan ialah mengingati mati. Inilah terapi agung yang boleh memulihara hati daripada gelap dan kotor kepada hati suci bersih.

Mengingati mati bermakna kita ingat akan untung nasib di akhirat. Menyentuh hal ini, Imam As-Syafie ada berpesan: “Perbanyakkanlah menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal keduniaan, perbanyakkanlah menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.”

Khalifah Umar Abdul Aziz ada berpesan yang baik untuk kita jadikan panduan dalam melalui kehidupan dunia dengan banyak mengingati hari mati.

Katanya: “Dunia bukanlah kediaman abadi kalian. Allah telah menetapkan dunia sebagai alam yang fana, Allah juga telah menetapkan kesukaran kepada penghuni dunia selama hidup di dunia. Berapa banyakkah bangunan yang baru dibina sudah hancur? Berapa banyakkah orang yang hidup mewah dan kemudian hidup melarat? Kaum muslimin yang dimuliakan Allah, persiapkanlah bekalan kalian untuk mengharungi perjalanan untuk menuju akhirat. Bekalan yang terbaik adalah ketakwaan. Dunia hanyalah persinggahan sementara bagi manusia. Seseorang mukmin itu seharusnya memiliki salah satu daripada dua keadaan, iaitu pertama, bersikap seperti orang asing yang tinggal di negeri asing dan impiannya adalah untuk pulang ke negeri asalnya. Kedua, bersikap seperti seorang musafir yang tiada tempat tinggal tetap, siang dan malam baginya adalah perjalanan menuju ke kampung halaman.”

Panjang dan padat khutbah Umar Abdul Aziz itu, tetapi tersurat dan tersirat makna yang boleh menjernihkan mata hati kita menyusuri alam kehidupan di dunia ini.

Begitu juga pesanan tokoh ulama silam, Abdullah bin Dawud yang mengatakan: “Apabila ada di antara kaum Salaf sudah menjangkau umur 40 tahun, ia mulai ‘melipat tilam’ iaitu tidak akan tidur sepanjang malam. Mereka selalu menunaikan solat, bertasbih dan beristighfar serta mengejar segala perkara yang tertinggal pada umur sebelumnya dengan amalan kebaikan pada hari sesudahnya.”

Inilah contoh golongan mukmin yang sentiasa mengingati hari kematiannya dan selalu takut berakhirnya hayat di badan dengan kekurangan amal ibadah serta amalan kebajikan.

Mukmin yang hatinya sentiasa mengingati kematian sudah tentu akan mengisi agenda kehidupan dengan bermuhasabah diri untuk meninjau segala dosa serta kecacatan pernah dilakukan. Hati mereka tentu sekali akan dipaut untuk melakukan transformasi ke arah sifat mahmudah dan sentiasa menyukai kebaikan.

Abu Hazim Salamah bin Dinar ada berpesan: “Kekayaan menuju akhirat amat sedikit. Oleh itu, perbanyakkanlah kekayaan itu apabila ia semakin berkurangan dan terhakis kerana suatu hari nanti kita tidak lagi memiliki kekayaan itu walaupun hanya sedikit, apatah lagi banyak.”

Setiap hari berlalu bermakna hari kematian semakin menghampiri. Jika kehidupan kita masih tidak berubah ke arah kebaikan bermakna kita mempunyai petanda lupakan kematian dan lupakan alam akhirat.

Dalam hal ini, ada baiknya kita hayati mutiara kata Yahya bin Muadz: “Sesungguhnya aku hairan melihat orang yang bersedih kerana hartanya berkurangan, tetapi tidak bersedih apabila umurnya berkurangan.”

Dalam satu khutbah, Umar Abdul Aziz dalam keadaan sebak dan menangis ada mengatakan kepada rakyatnya: “Wahai kaum muslimin. Sesungguhnya kalian diciptakan untuk suatu urusan. Jika kalian mempercayainya bererti kalian bebal. Jika kalian mendustakannya bererti kalian binasa. Kalian diciptakan untuk suatu keabadian, namun berpindah daripada suatu alam ke alam lain. Wahai hamba Allah.

Kalian kini berada di alam yang mana makanan kalian boleh menyebabkan kalian tersedak dan minuman kalian boleh menyebabkan kalian kembung. Tidak ada nikmat murni yang menggembirakan hati, kecuali ketika kenikmatan itu pergi akan menyebabkan hati tidak tenang. Maka beramallah sesuai dengan tuntutan takdir untuk menuju ke alam keabadian.”

Demikian peringatan dan pesanan tokoh ilmuwan Islam dulu berkenaan pentingnya menjalani kehidupan di dunia dengan membawa bekal untuk akhirat. Sekali gus memberi makna bahawa kita seharusnya sentiasa ingat kepada saat kematian.

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM


Tuesday, July 26, 2011

DUNIA ISLAM AKHIR ZAMAN:: BANGKITLAH...



SEMUA menilai realiti sejauh mana kesedaran umat Islam di sekeliling kita hari ini (termasuk diri kita sendiri) tentang hakikat betapa kita sedang hidup betul-betul di penghujung akhir zaman.
Sejauh mana umat Islam hari ini sedar dunia ini hanya menunggu masa tanda-tanda besar kiamat muncul ?
Seramai mana umat Islam yang ambil tahu & percaya tentang betapa gentingnya situasi dan nasib manusia ketika ini ?

Kenapa terlalu ramai keluarga, sahabat & saudara-saudara kita yang sedang hidup dengan 'selamba' dan masih leka mengejar nikmat dunia ? Ada beberapa situasi yang berkemungkinan iaitu sama ada 'salam peringatan akhir zaman' belum disampaikan kepada mereka, atau telah disampaikan kepada mereka tapi mereka sendiri memilih untuk menolaknya.

Dari situasi di atas, pihak kami telah mengenalpasti 3 persoalan terpenting yang mesti diperhalusi dan diselesaikan iaitu :
  1. Bagaimana utk pastikan supaya kita (kami dan anda) dapat sebarkan 'salam peringatan akhir zaman' kepada seramai mungkin manusia di sekeliling kita yang termampu kita sampaikan ?
  2. Apakah yang menyebabkan ramai saudara kita yang telah diberi 'salam peringatan akhir zaman' tetapi mereka masih menolak dan meremehkannya ?
  3. Bagaimanakah cara dakwah terbaik untuk kita sampaikan 'salam peringatan akhir zaman' supaya lebih mudah mereka sedar, faham, percaya sehingga mereka turut sama berjuang bersama-sama kita ?
"Apakah yang menyebabkan ramai saudara kita yang telah diberi 'salam peringatan akhir zaman' tetapi mereka masih menolak dan meremehkannya ?"
Sekali lagi kami tekankan, umat Islam sebegini bukan di'tidur'kan, tapi hakikatnya ber'penyakit' yang sangat kronik. Keadaan dan situasi hari ini sangat bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan dari Thauban r.a, bahawa Rasullullah SAW bersabda, dengan mafhumnya:

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut mati.”

SubhanALLAH.. Sangat benar sabdamu Ya Rasulullah SAW.. Maksud hadis ini kena tepat ke muka setiap umat Baginda SAW pada hari ini termasuk diri kita sendiri. Inilah dua penyakit kronik yang telah lama melumpuhkan sendi anggota kita dari bangun berjuang melawan musuh-musuh Islam, tapi kita sanggup pula mengerah anggota tenaga & bekerja keras untuk mengejar harta dan nikmat dunia. Inilah 'realiti' umat Islam hari ini hidup dalam 'ilusi' ciptaan musuh-musuhnya sendiri.

Umat Islam hari ini sedang dalam bahaya fitnah akhir zaman. Kealpaan umat Islam bukan kerana sedang 'tidur' tapi kerana menghidap penyakit Al Wahn yang telah lama membarah dalam hati & jiwa. Untuk menyelamat umat Islam hari ini, bukan setakat menyedarkan mereka dari 'tidur' tapi melalui usaha dakwah yang berhikmah untuk merawat penyakit Al Wahn dalam diri kita semua.

Sunday, July 24, 2011

KASIH BONDA:: Perjuangan Wanita Islam


Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hati dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan mentaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.
Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di samping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.
Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.
Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.
Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibu yang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintimakan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.

Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku
Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.

...aku nak belikan hadiah untuk mak

Admin: Ana sayang bonda....

Wednesday, July 20, 2011

DI MANAKAH KEJAYAANKU


ISLAM adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat. Sebelum memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia.

Seorang insan perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan. Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelopori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi. Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini.

Setiap orang yang beriman inginkan kejayaan dalam kehidupannya lebih-lebih lagi kejayaan ini akan membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat. Apa yang utama dan penting untuk diperhatikan ialah tanda kepada kejayaan tersebut. Tanda ini menjadi kayu pengukur adakah seseorang telah memperolehinya ataupun gagal.
Imam Ibnu al-Qayyim telah menyebut tanda-tanda kejayaan ini di dalam kitabnya al-Fawaa-id:
“Sesungguhnya seorang hamba apabila bertambah pada ilmunya, bertambahlah rendah diri dan belas kasihannya.
Dan apabila bertambah pada amalnya, bertambahlah takut dan berhati-hatinya.
Dan apabila bertambah pada umurnya, berkuranglah rasa tamaknya.
Dan apabila bertambah pada hartanya, bertambahlah kepemurahan dan dermawannya.
Dan apabila bertambah pada kedudukan dan kebesarannya, bertambahlah hampirnya dengan orang ramai, menunaikan hajat-hajat mereka dan merendah diri pada mereka”.
Renungkanlah wahai sesiapa yang mengaku beriman akan ungkapan “emas” Imam Ibnu al-Qayyim di atas, adakah tanda-tanda kejayaan yang diungkapkan beliau itu ada pada diri kita? Tepuk dada tanyalah iman…

Tuesday, July 19, 2011

HIDUP KERANA ALLAH



Kekayaan dan kemiskinan merupakan lumrah dalam kehidupan. Ada orang yang diberikan nikmat kekayaan dan setengahnya pula hidup dalam kemiskinan. Orang yang diberikan kekayaan merasakan dirinya dimuliakan manakala si miskin merasakan kehinaan. Apakah ini gambaran sebenarnya? Atau hanya tanggapan kita semata-mata? Sebenarnya kita boleh melihat kedua-dua ini dari perspektif yang positif atau negatif. Kedua-dunya adalah ujian dari Allah.


Kita pernah melihat dengan mata kepala kita betapa orang kaya ramai yang merana dan kecewa. Kita juga pernah berjumpa dengan ramai orang yang miskin yang hidup mereka aman bahagia. Betul tak? Maka benarlah kekayaan dan kemiskinan adalah ujian dari Allah untuk hamba-Nya bagi menguji tahap keimanan dan ketaqwaaan. Berjaya dan berbahagialah orang yang berjaya dalam ujian ini.


untuk hidup.. segala’a harus di lakukan…
untuk hidup.. kufikirkan apa yang terbaik…
untuk hidup.. aku mencoba untuk selalu sabar…
untuk hidup.. kuingin ada org yg selalu bsa jdi segala’a untukku…
untuk hidup.. kucari kebahagiaan yg sulit untuk di dapat…
untuk hidup.. aku mencoba merubah apa yang ada…
untuk hidup.. aku tersenyum…
untuk hidup.. aku mengalah…
untuk hidup.. aku menutup diri…
untuk hidup.. aku menangis…
untuk hidup aku tertawa…
untuk hidup aku berjalan dan berlari…
karena hidup ini membuatku berfikir apa yang akan terjadi bila aku hanya berdiam diri…

Monday, July 18, 2011

SEGALANYA UNTUKMU YA ALLAH




Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikianpada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini. Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.








FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM 
  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

  •  Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
  •  Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
  • Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.

Sunday, July 17, 2011

DERITA


Senantiasa bala` (cobaan) menimpa seorang mukmin dan mukminah pada tubuhnya, harta dan anaknya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak memiliki dosa. (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, dan lainnya, dan dinyatakan hasan shahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi, 2/565 no. 2399)
 Seorang yang ditimpa musibah hendaklah tahu bahwa di setiap sudut kampung dan kota bahkan setiap rumah, ada orang yang tertimpa musibah. Di antara mereka ada yang terkena musibah sekali dan ada pula yang berkali-kali. Hal itu tidak terputus sampai seluruh anggota keluarga terkena semua. Dengan demikian ia akan merasakan ringannya musibah karena menyadari bukan hanya dia saja yang terkena cobaan.
Jika melihat ke kanan, ia tidak melihat kecuali orang yang terkena musibah. Dan jika melihat ke kiri, ia tidak melihat kecuali orang yang sedih. Bila orang yang terkena musibah tahu bahwa jika dia memerhatikan alam ini tidaklah ia melihat kecuali di tengah-tengah mereka ada yang terkena musibah, baik dengan lenyapnya sesuatu yang dicintai atau tertimpa dengan sesuatu yang tidak mengenakkan. Maka dia akan tahu bahwa kebahagiaan dunia hanyalah seperti mimpi dalam tidur atau bayangan yang lenyap. Jika kesenangan dunia membuat tertawa sedikit, ia akan menjadikan tangis yang banyak. Dan tidaklah suatu rumah dipenuhi keceriaan kecuali suatu saat akan dipenuhi ratap tangis. Muhammad bin Sirin berkata: “Tiada suatu tawa kecuali setelahnya akan datang tangis.”
Seorang hamba melihat dengan mata hatinya sehingga ia tahu bahwa pahitnya kehidupan dunia itu adalah suatu hal yang manis di akhirat dan manisnya dunia merupakan perkara yang pahit di negeri akhirat. Allah Subhanahu wa Ta’ala lah yang membaliknya. Lihatlah sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Di hari kiamat nanti akan didatangkan seorang penduduk dunia yang paling mendapatkan nikmat dari penghuni neraka, lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sekali celupan, kemudian ditanya: “Wahai anak keturunan Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan? Apakah kamu pernah mendapatkan kenikmatan?” Ia menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Rabbku.” Dan akan didatangkan seorang yang paling menderita di dunia dari penduduk surga lalu ia dicelupkan ke dalam surga sekali celupan, kemudian ditanya: “Wahai anak keturunan Adam, pernahkah kamu melihat penderitaan? Pernahkah kamu merasakan kesengsaraan?” Ia menjawab: “Tidak demi Allah, wahai Rabbku. Tidak pernah aku mengalami penderitaan dan tidak pernah melihat kesengsaraan.” (HR. Muslim no. 2807)
Hendaklah diketahui bahwa musibah yang paling besar adalah musibah yang menimpa agama seorang. Seperti seseorang yang dahulu rajin ibadah, namun kini bermalas-malasan, atau orang yang dulunya taat kini meninggalkannya dan suka dengan kemaksiatan. Inilah musibah yang tidak ada keberuntungannya sama sekali.
Al-Imam Ibnul Jauzi menyebutkan beberapa perkara untuk mengobati musibah sehingga seorang tidak berlarut-larut dalam kesedihan yang bisa membinasakan dan mengabaikan hak dan kewajiban, yaitu:
- Mengetahui bahwa dunia tempat ujian dan petaka serta bahwa musibah suatu hal yang pasti terjadi.
- Memperkirakan adanya orang yang ditimpa musibah lebih besar dan banyak dari musibahnya, serta melihat keadaan orang yang ditimpa musibah seperti musibahnya sehingga ia terhibur karena bukan hanya dia saja yang terkena musibah.
- Meminta ganti yang lebih baik kepada Allah Subhanahu wa Ta?ala dan mengharap pahala dari kesabarannya.
(Diambil dari kitab Tasliyatu Ahlil Masha`ib karya Al-Imam Muhammad Al-Munbajja Al-Hanbali -dengan ringkas- hal. 13-22)


Bergembiralah dengan musibah karena besarnya faedah dari musibah ini. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
وَإِنْ كَانَ أَحَدُهُمْ لَيَفْرَحُ بِالْبَلاَءِ كَمَا يَفْرَحُ أَحَدُكُمْ بِالرَّخَاءِ
“Dan sungguh salah seorang dari mereka (yakni orang-orang yang shalih) merasakan senang terhadap bala` (musibah) seperti salah seorang kalian suka terhadap kemakmuran.” (Shahih Sunan Ibnu Majah, 3/318, no. 3266)
dikutip dari: Pelipur Lara Saat Musibah dan Bencana
Penulis:Al-Ustadz Abdul Mu’thi Sutarman, Lc

BUKAN CINTA BIASA:: Hatiku Milik SIAPA?


Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..Saya memintas, Tak faham..Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhentiseketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerimabalasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum niyang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiadasesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernahmenzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorangperempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabiseperti yang awalnya. emak berhenti seketika..Bukan luar biasaTentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

RedhaKakak..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah denganhati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebakdan air mata yang mengalir ke bahu saya.


di ambil dari blog akhi ni: 
http://khyrulhycal3 13.blogspot. com

untuk muhasabah bersama...